JOHOR BAHRU: Lebih 7,000 jemaah hadir mengerjakan solat Subuh sempena Semarak Subuh di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, di sini, pagi tadi.
Program Semarak Subuh ini bukan sahaja mampu mengimarahkan aktiviti masjid, malah turut menjadi sebuah pusat sehenti menyatupadukan masyarakat.
Pengarang Eksekutif Astro AWANI, Zaiful Mohd Ariffin berkata, kolaborasi Astro bersama Masjid Sultan Iskandar dan Wakaf An-Nur mampu memperkenalkan jenama kandungan Astro dengan lebih banyak program menarik sepanjang Ramadan akan datang.
“Alhamdullillah, pertamanya, kita melihat ini sebagai satu usaha yang sangat baik, kolaborasi Astro bersama dengan Masjid Sultan Iskandar dan Wakaf Annur, yang mana kita dapat menyantuni masyarakat tempatan.
“Itu yang kita nak bawa, jenama Astro untuk turun bersama-sama masyarakat, apatah lagi dengan menjelang Ramadan, menggalakkan masyarakat turun ke masjid mendapatkan ilmu untuk seisi keluarga, sepertimana yang kita lakukan menerusi program-program kita di saluran Astro Oasis, Astro AWANI.
“Memang program berilmiah yang kita sediakan untuk membantu masyarakat supaya mampu menilai, meningkatkan kehidupan masing-masing, program seperti ini adalah amat penting, untuk kita bersama duduk dalam masyarakat, supaya mereka dapat merasai sendiri bagaimana dinamik warga Astro, bukan sahaja warga tapi juga menerusi kandungan yang kita bawakan,” katanya ketika ditemui pada Program Semarak Subuh, di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, dekat sini, pada Jumaat.
Sementara itu, Pegawai Ketua Operasi Wakaf An-Nur, Mohd Bahrin Bakri berkata, penganjuran program Semarak Subuh bersama Astro ini disifatkan sebagai peluang keemasan kepada jemaah masjid untuk menyertai aktiviti kesukarelawanan dan mengeratkan ukhuwah sesama mereka, tanpa mengira usia.
“Dengan adanya program Semarak Subuh ini, akan lebih membuka peluang kepada komuniti untuk saling mengenali, biasanya kalau memang hari biasa dunia mereka adalah dunia kerja.
“Tapi, bila ada Semarak Subuh ini, mereka akan bertemu di sini, dengan adanya program seperti ini, memberi peluang mereka menjadi sukarelawan, memberi bantuan kepada pengunjung. Masjid akan menjadi pusat untuk mereka lebih mengenali, memahami dan mengeratkan lagi ukhuwah,” jelasnya.
Turut hadir, penampilan istimewa penceramah dan selebriti tempatan, Dai’ Azam Al-Kankari, Ustaz Fakhrul Radhi, Sharif Zero, Along Cham, Ashraf Muslim, Acad Raja Lawak, Fad Bocey, Falyq Hikyle dan Safiq Rahim.
Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn menjadi pilihan susulan ia merupakan masjid keenam dan terbesar dalam rangkaian Masjid An-Nur yang diuruskan oleh Waqaf An- Nur Corporation Berhad.
Masjid ini telah memulakan solat Jumaat pertama pada 8 Januari 2016, yang turut dihadiri oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim ketika itu.
Untuk rekod, Masjid Sultan Iskandar telah menerima pengiktirafan Masjid Pelancongan dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Siti Nur Aqilla Omar
Fri Feb 16 2024
Lebih 7,000 jemaah hadir mengerjakan solat Subuh sempena Semarak Subuh di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, di sini, pagi tadi.- Foto Astro AWANI
Keputusan SPM kekal diumumkan pada 27 Mei - Fadhlina
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kekal diumumkan pada 27 Mei depan seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini.
KPM harap lebih banyak penglibatan swasta
Kementerian Pendidikan berharap lebih banyak syarikat swasta akan bekerjasama dengan kerajaan dalam membantu menjayakan agenda pendidikan negara.
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
Ban Sungai Langat pecah punca banjir kilat di Kajang
Ban Sungai Langat pecah dikenal pasti antara punca kejadian banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Kajang pada Rabu lalu.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Solidariti Pan-gon bersama Faisal
Kim Pan-gon menyatakan sokongan padu kepada pemain berusia 26 tahun itu agar segera pulih dan kembali beraksi di padang.
Buah kerdas sumber pendapatan tambahan buat tiga sahabat
Buah kerdas atau juga dikenali dengan panggilan buah genuak merupakan tumbuhan liar di kawasan hutan yang enak dimakan sebagai ulam bersama nasi.
Nawabs ramal kemarau dua bulan lebih awal, bantu agensi sedia langkah mitigasi
Amaran awal membolehkan semua agensi berkaitan khususnya agensi teknikal merancang persediaan awal dan mengambil tindakan mitigasi bersesuaian.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
7,000 jemaah meriahkan Semarak Subuh Johor bersama Astro
Lebih 7 ribu jemaah hadir mengerjakan solat Subuh sempena Semarak Subuh di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, di sini, pagi tadi.